Orang Korea di luar Semenanjung Korea Bangsa Korea


Rencana utama: diaspora Korea

Penghijrahan besar-besaran dari Korea bermula seawal pertengahan 1860-an, terutamanya ke Timur Jauh Rusia dan China Timur Laut; penghijrah-penghijrah inilah yang menjadi nenek moyang kepada 2 juta orang etnik Korea di China dan beberapa ratus ribu orang etnik Korea di Asia Tengah. Ketika zaman penjajahan Jepun dari tahun 1910-1945, orang Korea sering dimasukkan atau dipaksa menyertai perkhidmatan buruh untuk bekerja di tanah besar Jepun, wilayah Karafuto, dan Manchukuo; antaranya yang memilih untuk menetap di Jepun selepas perang dikenali sebagai orang Korea Zainichi, manakala kira-kira 40 juta yang terkandas di Karafuto selepas pencerobohan Soviet lazimnya bergelar orang Korea Sakhalin. Penghijrahan orang Korea ke benua Amerika diketahui bermula seawal tahun 1903, namun komuniti orang Korea Amerika tidak banyak berkembang sehingga kelulusan Akta Pembaharuan Imigrasi 1965; kini, kira-kira 2 juta orang Korea tinggal di Amerika Syarikat.

Koreatown besar boleh ditemui di Australia, Brazil dan Kanada. Komuniti bangsa Korea terbesar pernah diketahui di luar Korea terletak di Los Angeles, California. Orang Korea British kini membentuk komuniti bangsa Korea terbesar di Eropah Barat; orang Korea di Jerman pernah melebihi yang di UK sehingga akhir 1990-an. Terdapat juga Koreatown di negara-negara Amerika Latin seperti Argentina, Guatemala, dan Mexico. Dewasa ini, bilangan orang Korea di Filipina dan Vietnam turut banyak berkembang.

Berkaitan